There was an error in this gadget

Tuesday, July 2, 2013

Bersyukur vs Merungut

'Lebihkan bersyukur, kurangkan merungut'

Sangat setuju dengan penyataan ni. Memang jelas sangat, ramai yang lebih suka merungut dari bersyukur. Tak puas hati itu dan ini, sana dan sini. Adakalanya sampai tak masuk dek akal bila merungut!

Pada aku, itu melambangkan 'attitude' (sikap)  dan mentaliti kita. How we exppress our attitude and mentality?

Merungut adalah sia-sia tanpa tindakan. Merungut pada aku, buang masa. Merungut juga tiada kesudahan. Senang kata, bila merungut ni, ayat paling sesuai ialah 'talk to my hand!'.

Bersyukur tu sebenarnye mudah. Just say 'Alhamdulillah' is enough. Or else, 'thanks'. Apatah lagi bila ditonjolkan dalam bentuk perbuatan seperti sedekah, bantuan, dan bersyukur kepada Allah yang antaranya diekspresikan dengan sujud syukur. Ianya pelbagai. Redha, terima seadanya.

Aku akui, aku juga pernah merungut. Akibatnya? ya, aku tahu ade yang menyampah.

Persoalannya, macam mane nak atasi perasaan suka merungut ni?

Antara hasil carian aku:

# Muhasabah diri.
# Jangan suka menyalahkan orang lain.
# Perbaiki diri, jadi pendengar yang baik mendengar masalah orang lain supaya dapat dijadikan pengajaran, ingatan, pedoman bahawa langit tak selalunya cerah, orang lain pun ada masalah!
# Think positive! Berfikir!
# Jangan ambil musibah atau masalah tu sebagai sesuatu yang membebankan, tapi sebagai tugasan, ujian untuk diselesaikan. Jangan lari dari masalah.
# Ingat, ada yang lebih susah dari kita.
# Dekatkan diri dengan Allah.

Ya, bukanlah tidak boleh merungut, tapi berpada-pada. Jangan sampai orang sekeliling MENYAMPAH! Pernah tak terfikir, kita buat macam mana sekalipun, lalai, Allah tetap bagi yang terbaik untuk kita? Kita je tak sedar...Betul, cuba tenang dan kaji muhasabah diri sendiri. Subhanallah, malunya..kerdil nya diri ini.

Saturday, June 8, 2013

Baik vs Buat Baik

Pelajaran hidup baru untuk dikongsikan; orang baik vs orang berbuat baik.

Apa bezanya?

Orang baik; memang ramailah orang suka, disenangi kehadirannya. Dia baik; tingkah lakunya, tutur katanya, budi bahasa. Tapi, adakah dia digerakkan hati untuk berbuat baik? For example, dia baik tak kacau hidup orang lain, dia baik tak sakitkan hati orang lain, tapi, dia tak ada pun hati nak ambil tahu, nak bantu orang yang memerlukan. Dia baik dalam dunia dia, tapi tidak untuk menjadikan dunia kehidupan orang lain baik sepertinya. Dia baik tidak melawan apabila ditegur, tapi dia tidak mengambil kira, tidak mengambil berat, tidak berubah apabila di tegur. Dia baik, tapi 'sense' @ gerak hati mungkin berbeza.

Orang berbuat baik; Dia mungkin biasa - biasa sahaja. Ada kasarnya, ada lembutnya. Mungkin disenangi, mungkin tidak. Tapi dia berbuat baik dengan 'sense' @ geral hati untuk bantu orang lain, untuk memudahkan kerja orang lain. Mungkin kehidupannya tidak begitu baik, tapi dia tidak berkira untuk menjadikan kehidupan orang lain baik @ lebih baik. Sense of urgency, sense of helping pada hatinya, tidak hanya pada perbuatannya.

Betul ke?

Baik sahaja tidak mencukupi. Dia baik sebab persekitaran kehidupan, tak ada masalah, senang, mudah perjalanan hidupnya. Beza orang buat baik sebab dia susah, tau macam mana rasanya susah, dan sebab itu dia ada sense untuk membantu, untuk tidak membiarkan orang susah kerana dia. Dia baik, tapi tidak dapat berbuat baik untuk orang lain. Dia baik, tapi tak membantu orang lain. Dia baik tapi tidak menyumbang kepada yang lain supaya yang lain pun baik.  Bahasa kasarnya, dia baik, tapi tak ada pun tak pe vs dia ni kasar, tapi kalau dia ada, senang sikit kerja kita. Atau pernah dengar, die ni mulut je bising, tapi hati baik vs die ni baik pendiam, tapi hati-hati orang macam ni lagi bahaya.

Atau mungkin BAIK itu meluas, subjektif, pelbagai?wallahualam...

Sekadar perkongsian pendapat.

Saturday, April 13, 2013

BeSt FrIeNdS

Wuhuuuuu~

I dah mula dapat rasakan yang i boleh bangkit dari sedu sedan i sebelum ni.

Life must go on right? what i need for it, is kekuatan fizilkal dan mental!

Mula-mula i nak bagitau satu benda penting. Heaven ok tak koje hari sabtu!!!!!For the first time i wake up this saturday morning, which before i have to go for work during others were still in thier dreaming, it's just sound like 'hoyehyehyehyeh!!!'

I meet my besties today, zana. Biasa la bila jumpa masing - masing meluahkan isi hati yang terbuku sebelum ni. Cari satu tempat lepak, order foods, story mory la berejam disitu. Sampai i terpaksa cakap ,'eh zana, jomla cari port lain, mamat  ni (pelayan) macam nak halau kita je' o_O

Then, kebetulan hari ni my another friends a.k.a ex roomate zana, Anis were here at JB cause of work. Tapi, dek kerana die busy beno katanya, so we just meet dekat larkin central je. Tu pun hanya untuk lebih kurang satu jam. (-_-)

Inilah rupanya perasaan bila jumpa semula kawan yang dulu pernah tido sama, makan sama, share everything, gaduh. Funny what bila ingat semua tu! How miss i am that moment.

Hope our relationship will be forever.

Friday, April 12, 2013

BeRhEnTi KeRJA sUdAh~

Finally, i'm resigned.

        For the first, once i have tendered my resignation latter, i just feel like 'hoyehhhh!!!!!padan muka korang, asyik nak gunakan aku je???korang nak keje sonang je???semua aku kena buat??? Rasakan!!!

     Why? Banyak sebabnya. Dah setahun 2bulan i keje situ. I banyak belajar. Tapi fitrah manusia nak rasa dihargai. Bekerja mesti nak happy kan? walau kena 'teow' sekalipun, tapi bos pandai hargai pekerja, mesti happy. Actualy tak kesah pun koje banyak, banyak problem nak kena hadap, tapi i need to fulfill my need as a human. Means, dihargai like give a reward atleast say 'congratz on your work, boss like it' . And i will reply, 'owh, tq bos!' (Sambil senyum like a clown?)

Setahun 2 bulan disitu, banyak belajar. I learn how hard to settle perkara yang sebelum ni tak pernah ade sistem!!! and i yang kena create the system, improve but boss???tak nampak pun semua tu... (?_?)

    I learn to buat admin, account, HR, production, store, sales and stock controller. Cakap besarnya, semua koje kat company tu i boleh buat, boleh masuk. Alhamdulillah, i diberi peluang belajar.

But, when politik kerja menguasai, dan bos pulak nampak siapa yang pandai bodek je instead of yang koje sungguh - sungguh like me (mate keatas) , i feel down, down, and down.

Pulaknya, dapat lak rakan sekoje yang tau nak nampak bagus depan bos, dengan cara kita yang dikutuk tak pandai buat koje, walhal bos tak de dia la yang macam mak tiri! wuek! rase nak botak kan je kepala dia!

Bila i bagi surat, 5 kali bos panggil meeting pujuk jangan berhenti. Wah, perasaan masa tu rasa macam nak bangga jugak lah. Tapi, i have decided. I need untuk berhijrah. Since better offer dah dapat.

I muda lagi what, i need to explore the world. I need to feel enjoy in my kerjaya (wah!)  I tak nak la koje, sampai nak tido malam pun mimpi buat koje! Like sometimes, ahad pun i terbangun pagi pas subuh, nak tido balik, i boleh teringat koje -koje kat ofis tu!! Parah bila mimpi, ubat gigi nama customer, pencuci muka nama stock yang i control..(T_T)

I need a better environment, and jodoh i dengan that company tak panjang kot. So, i have to move on. Sedih la jugak bila nak tinggalkan company tu. (Yela, walau i banyak sodeh dari happy kat situ) i puas dapat belajar banyak benda tentang dunia pekerjaan.

So, move on ok! Masih panjang lagi perjalanan hidup yang perlu diterokai. Even dalam Islam pun kita diajar untuk berhijrah, so chill...nawaitu kerja kerana Allah, cari rezeki Allah~~~( ^_^)

P/s: apa agaknye pattern kat tempat baru? sufi, get ready please! chaiyok!

Thursday, April 11, 2013

DuNiA pEkErJaAn

Wink, wink!
Talking about work..oh, actually my work~

Biasa sangat dah kan dengar, ayat (lebih kurang) "masa study, sibuk cakap tak sabar nak kerja, bila dah kerja, gatal pulak cakap rindunye zaman study, pergi class,doing asignment.."(walhal dulu masa study suka ponteng class!)
Dan itu lah sebenarnya apa yang daku alami..(!!)

       Dunia pekerjaan?
Untuk saya yang baru ada pengalaman dua tahun kerja ni, apa yang saya boleh share ialah dunia pekerjaan adalah dunia sebenar tentang kehidupan.

Believe me, dunia pekerjaan ni lah baru kita tahu macam mane rase cari rezeki, ade komitmen, pikul tanggungjawab, bergaul dengan pelbagai jenis ragam orang (customer @ supplier), karenah bos, rakan sekerja, dapat gaji bukan untuk diri sendiri (kena bayar duit kereta, hutang ptptn, beli sendiri keperluan sendiri, (sape nak tanggung kome lagi?).

Tapi i have no comment pasal kerja kerajaan. Sebab saya kerja swasta a.k.a perindustrian.

Politik kerja for sure you akan jumpa. Apa itu politik kerja? Apa yang saya alami, it's all about how you survive for your position and gaji! Kerja banyak, gaji sikit, compare to others, kerja sikit, gaji besar. Why? Die pandai bodek bos? Hahaha..jawab la sendiri..

You akan jumpa ragam bila bos ada macam mane others buat kerja, compare bila bos tak ade dekat ofis, macam mane others buat kerja.

You akan rasa kenapa bos asyik nampak salah you aje..walhal kadang-kadang, sebenar, bukan salah you.

You akan rasa kenapa kerja you tak pernah habes, dan others boleh bersenang-senangan?

You akan rasa, dalam hati terpekik-pekik mintak berhenti kerja hari ni jugak! Tapi indeed you tak boleh buat macam tu. (kerja bukan senang nak dapat zaman sekarang ni dik oi!)

You akan bengang bila you buat kerja dengan cemerlangnya, tapi orang lain yang bos puji a.k.a dapat nama. Tambah perasa bila bonus or naik gaji, you tak dapat setara dengan others dapat lebih tinggi. Sungguh tiada keadlian disitu.

          Demikianlah apa yang dapat saya share kan disini. Dunia pekerjaan memerlukan;

   - Ilmu pengetahuan
   - Pengalaman
   - Yakin diri
   - Sentiasa belajar,(jangan cakap itu bukan bidang kerja i, so i tak nak ambil tahu!jangan...nanti you rugi) and jangan asyik nak belajar je, tapi tak masuk-masuk dalam your brain~~
     - Jangan asyik ingat nak kerja senang je.
    - Idea baru yang boleh diaplikasi untuk kerja lebih baik. Bukan ikut je sistem apa yang senior ang ajar! Berani la keluarkan cadangan baru dan aplikasi baru untuk kerja anda!
    - Learn how to show your best depan your bos. Bukan bodek, tapi realiti menuntut itu! And for sure with outcome.
   - Disiplin kerja is must my dear! Punctuality, tak 'mengulor', jangan borak-borak je.Banyak borak lah punca timbul jeles-menjeles, dengki-mendengki.
   - Paling penting, nawaitu kerja. Bila you kerja betul, you ada kuasa others tak boleh cari salah you.

P/s: pengalaman baru dua tahun jagung! o_O

  

Wednesday, April 10, 2013

MaGgI kArI gOrEnG

Tak tau nak masak apa? cuba try resipi ni;

Bahan - bahan :
1. 2 paket maggi kari
2. 2 biji lada merah
3. 1 labu bawang besar
4. ayam dipotong kecil (sebagai rencah)
5. sayur sawi atau kobis secukupnya

Cara - cara:
1. Tumbuk lada dan bawang bersama dengan serbuk perencah kari maggi
2. Tumis kan bahan yang ditumbuk bersama dengan ayam
3. Masukkan air (agak - agak untuk 2 paket maggi)
4. Biarkan mendidih, masukkan maggi dan tunggu sehingga maggi cukup masak (lembut)
5. Siap di hidang!

p/s; cuba lah, serius sedap, bila tak tau nak makan apa, lagi - lagi waktu hujan ;-)

Monday, February 25, 2013

JaNgAn SaYaNg SaNgAt

Jangan sayang sangat duit tu, kedekut nak jadi pemurah, jimat katanya,nanti duit tu habis/hilang dalam sekelip mata?

Jangan sayang sangat barang tu, terlalu nak jaga tak nak bagi orang pinjam, tak nak berkongsi dengan orang, nanti barang tu hilang, rosak?

Jangan sayang sangat tenaga tu, penat katanya, tak nak ringan tulang tolong orang lain, tak nak membantu mereka yang memerlukan, nanti kamu susah cari siapa?

Jangan sayang sangat seseorang tu, 'over protective', itu tak boleh, ini tak boleh, taksub sangat, walau keluarga sendiri, mereka milik Allah, nanti orang tu tinggalkan kamu?

Kenapa jangan?duit, harta, tenaga@kesihatan, orang semuanya datang dari Allah, boleh ditarik bila-bila masa sahaja...berpadalah, buatlah kerana Allah....