Monday, February 14, 2011

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ


Salam maulidurrasul, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Semoga indahnya keperibadian baginda menjadi contoh dan pegangan kita semua sebagai umatnya. Amalkan lah selawat keatas Baginda s.a.w, itu yang terbaik.
Begitu juga bagi diriku, Nabi Muhammad, menjadi idola utamaku. Kesabaran baginda dalam menyampaikan ajaran Islam, begitu agung. Pelbagai seksaan, cercaan, ujian yang Baginda lalui langsung tidak mematahkan semangat Baginda. Dan aku, sebagai manusia biasa, mempunyai tahap kesabaran yang terlalu rendah. Sedangkan ujian yang aku lalui apalah sangat jika nak dibandingkan dengan apa yang Rasullullah lalui. Teringat daku akan pesan arwah ayah, SABAR ITU KEMENANGAN. Betapa besarnya amanat, tingginya nilai nasihat arwah ayah yang satu ni.
Semoga Rasullullah mengakui aku sebagai umatnya kelak diakhirat, mendapat syafaat hendaknya.

0 comments: