Tuesday, March 22, 2011

tANgUNgJaWaB pUnYa CeRiTa-cecite, cecite.....

tiba-tiba rasa nak jiwang lak malam ni..
setelah berhari-hari aku menghadapi karenah mereka-mereka yang sangat menyentap kan hati aku ni...
opppsss..tapi bukan itu yang aku nak post dalam blog ni...
aku nak cerita satu gelagat hamba Allah yang hanya aku leh kenalkan sebagai 'M'..

'M' ni merupakan salah seorang ahli group aku untuk one of our assignment group...
cerita bermula bila last minit, before about 4 days due date for our submition date, dia dilaporkan tak dapat nak menyiapkan apa-apa langsung, saya ulang, apa-apa langsung part dia untuk assignment kami..aku, pada mulanya anggap biasalah, orang nak wat keje last minute, tapi sampai lah hari kedua terakhir sebelum nak submit, dia masih tak buat apa-apa. aku, yang sememangnya pantang orang tak bagi komitmen ni dan sebagai seorang seniour bertindak memanggil dia untuk bersemuka bertanyakan apakah lah masalahnya....[skema tak ayat daku]

aku: orite, awak terus terang sekarang, awak buat ke tidak part awak???awak buat sampai mana?
M: saya tak buat.
aku: kenapa??cari bahan pun tak?
M: tak...
aku: kenapa?mesti ada sebabkan?kalau awak tak buat apa-apa langsung, tak adil bagi ahli kumpulan yang lain, kami terpaksa lah tak letak nama awak dalam assignment if awak tak contribute apa-apa langsung untuk assignment ni.
M: saya sakit.
aku: sakit apa?kalau boleh, hal peribadi, jangan campuradukkan dengan tanggungjawab...
M: saya tahu, ujian yang Allah bagi hanya pada orang yang layak, yang dipilih kerna orang itu mampu menerima ujian dari-Nya...orang itu, orang yang terpilih....blahblahblahblabla....[panjang sangat tak done nak tulis, tapi apa yang dihujahkan, langsung tak de kena mengena dengan sebab kenapa die tak buat apa-apa langsung part assignment dia]
aku: tapi, kenapa awak tak buat langsung???effect ke???kalu awak duduk buat assigment, awak menggigil ke??or rase nak muntah??ke nak pitam??kalau duduk nak buat assignment or cari bahan memang langsung tak boleh??kenapa tak bagi tau awal-awal so kita boleh sama-sama cari alternatif??ni lagi dua hari nak hantar dah assignment ni...
M:(senyum je)...saya banyak menghabiskan masa dekat katil je...ianya berkaitan dengan otak saya...[tapi die cakap kat aku sakit dia berkaitan dengan jantung]
aku:so apa kaitan jantung, dengan otak awak??serius sangat ke??apa name penyakit awak??jantung berlubang??lemah jantung??
M:(senyum lagi dan terus berhujah mengenai ujian yang Allah bagi pada dia_
aku dengan perasaan yang telus lagi straight to the point bercampur tak paham dan bengang pun menjawab..bismillah, ya Allah, berikan aku kesabaran yang tinnggi...
aku: ok, memang betul Allah bagi ujian pada orang yang hanya mampu menerimanya...semua orang ada masalah, semua orang ada penyakit masing-masing...tapi ada tak Allah cakap, orang yang sakit, lumpuh, boleh lari dari tanggungjawab sebagai hamba-Nya???contoh sembahyang...ada tak Allah cakap kalau kita cakit, tak leh bangun, tak payah sembahyang???ada banyak cara kan nak laksanakan tanggungjawab??kalau tak leh berdiri, sembahyang duduk, lau tak leh duduk, baring, lau lumpuh satu badan sekalipun, Islam cakap memadai gerakkan kelopak mata demi langsaikan tanggungjawab mengerjakan sembahyang...betul??soal tanggungjawab, tetap tanggungjawab....
M: terdiam
aku: bukan tak boleh bertoleransi, bukan tak kesian, bukan tak de perasaan kemanusiaan, tapi kalau kelia-lima ahli kupulan bagi alasan yang sama macam awak bagi, adakah assignment kita akan bergerak??motif utama sekarang, kenapa awak tak bagitau awal-awal awak sakit, dan kenapa baru bagitau last minute yang awak memang langsung tal buat apa-apa, even cari satu bahan sekalipun???so, kami tak mampu nak mengadili awak, biarlah pensyarah je yang mengadili awak, setuju?
M: terdiam...dan akhirnya terpaksa akur....



hah..cara tak aku menjawab kat si 'M'???betol tak apa yang aku cakap??soal peribadi, tidak boleh campuraduk dengan tanggungjawab...kalau aku sakit, ada ke orang nak kesian kat aku tak payah buat assigment???kalau dia bagitau awal-awal, aku mungkin boleh pertimbangkan, caro alternatif lain, tapi ni lagi 2 hari nak submit???what u expert me to do??willingly sincerely do ur part then u will get the mark for free???for doing nothing even didn't search any information about it???

selepas malam tu, esoknya, sehari sebelum nak submit, dia memujuk aku untuk cuba buat jugak assignment malam tu dan berjanji untuk mail part dia sebelum pukul 12 malam sehari sebelum nak submit...tak ke pelik???adalah die takut tok berdepan dengan pensyarah???kalau betul apa yang die cakap kat aku mengenai alasan dia tak buat apa-apa untuk part dia, nape die menggelabah, aku ulangi 'MENGGELABAH' nak buat jugak part die malam tu????lu pikirlah sendiri.........................silap orang lah die nak kelentong daku....


0 comments: