Tuesday, May 3, 2011

ceritera musim peperiksaan

demam periksa bermula!!!(demam ke??hahaha)
masuk je bulan 5 a.k.a May, bagi student UUM, ianya bermaksud bermulalah 'study week'...

begitu juga dengan aku...
aku mula mendapat 'hidayah' untuk memulakan study untuk peperiksaan akhir sebagai pelajar UUM pada 2hb Mei...[itu pun lepas kena tegur dengan En Hazlan]hehehe..

ok2..macam biasalah, bila nak exam, bermacam semangat diseru, bermacam 'pattern' dan 'pe'el' yang dibuat...antaranya:
  • pattern sebelum study ngadap facebook dulu dan wat post macam2 yang melambangkan beliau seorang yang sangat risau untuk study [sama ada tak study, nak study, @ tengah study]
  • semangat 'mengantok' bila mengadap buku
  • pattern bermalas-malasan bila mula-mula nak bukak buku
  • risau bila mengadap buku @ nota dengan persoalan "eh, pernah ke aku blajar 'menda' ni time kat kelas dulu??
  • pe 'el baru nak mencari nota kat kengkawan..paling burok esok exam, malam baru nak mintak nota ataupun tips...haish....
  • pe 'el ngadap buku atau nota tak sampai setengah jam
  • bau air nescafe atau air panas dalam bilik semerbak dalam bilik, dengan harapan tidak mengantuk semasa study, tapi rasa mengantok mampu 'meng immune kan' kesan kaffein
  • mula rajin sembahyang dan mengaji, paling best study di masjid..katenye time exam, kene bersihkan hati, tapi takkan time exam je dikau baru nak  bersihkan hati?time tak exam??hati dikau bagaimana??
yang paling tak boleh tahan dan bikin gua panas, bila tengah concentrate study, dengar pulak mangkuk-mangkuk yang bukak lagu macam orang pekak, cakap macam orang pekak, jerit-jerit macam mintak penyepak!  

lain orang lain pattern dan fesyen study nya....
  • ada yang suka study dengan suasana persekitaran senyap sunyi
  • ada yang suka study sambil dengar lagu
  • ada yang suka study sambil menyanyi [aku lah orangnye]
  • ada yang suka study sambil tengok cerita di laptop
  • ada yang suka study sambil baring dan akhirnya tdo
  • ada yang suka study secara berkumpulan
  • ada yang suka study sambil main sms
  • ada yang suka study sambil makan
  • ada yang suka menghafal sambil pusing court bola keranjang
  • ada yang suka study dengan couple
  • etc
 gelagat semasa musim peperiksaan bermacam-macam...ada yang paham, ada yang tak paham bahasa!dan aku antara nmanusia yang harus mengalami, melalui serta mengharungi ceritera musim peperiksaan...apa yang aku harap, langkah terakhir aku untuk sem akhir ini mampu membawa kepada kepuasan dengan capaian kejayaan yang aku idamkan...GO SUFI GO!!!



daku yang POYO:
y(^____________^)y


0 comments: