Monday, January 9, 2012

2012~

Assalamualaikum...
come back selepas lama menyepi...2minggu habis belajar, terus kerja..alhamdulillah, rezeki...tapi daku hanya dapat bertahan kerja disitu selama 6 bulan je...kenapa???emmm...
alasan rasmi:
adalah untuk mengembangkan kerjaya..
alasan tak berapa nak rasmi:
adalah kerana ketidakpuasan gaji dan kerja...


2 kali juga kena panggil meeting, ditanya bermacam-macam kenapa nak berhenti...tapi, disebabkan daku serius nak mencari rezeki dan bukanlah sekadar mengisi masa lapang, daku keraskan hati untuk letak jawatan dan kini berada di johor bahru...


misi:=====> hunting a new + good job dengan gaji yang berbaloi...


dan daku bukanlah anak orang kaya yang boleh begitu senang hati melengahkan masa untuk mendapatkan kerja...hasil dan buktinya, sampai kan kerja receptionist pun daku apply dan daku ditegur kerana pemilihan itu...bukanlah kerana memilih kerja, tetapi "jikalau datang ke bandar besar ni untuk kerja biasa-biasa je, baik tak payah, kerja sahaja tempat lame"...begitulah kata mereka...bukan apa, daku terlalu takutkan cabaran dunia semasa yang mana walaupun duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit...

jauh disudut hati daku, TAK SERONOK PUN JADI PENGANGGUR!
2minggu tak bekerja bagaikan gelap dunia ini teramat sangat.macam-macam yang difikirkan:

- .rasa macam nak cari sugar dady, so tak lah rasa bersalah sangat tak bekerja..
- rasa nak mintak kat saudara mara sendiri biar daku wat kerja-kerja rumah mereka dan dibayar gaji...(atleast ada le income)
- rasa nak balik kampung belajar buat beberapa jenis kuih so boleh hantar ke kedai untuk dijual...


waaaaaa............................serius tension....memang benarlah kata orang, bukan senang nak cari kerja..apatah lagi fresh graduate macam aku ni...semua employer request pengalaman, pengalaman, pengalaman, dan pengalaman...dan daku cuma ada, +-x/ lebih kurang setahun je pengalaman...siapa nak ambik daku bekerja?????
tapi tak pe...nak seribu daya, tak nak seribu dalih...kalau seribu daya daku, maksudnya nak, kalau seribu dalih daku maksudnya tak nak....so, doakan daku ye kawan-kawan blogger...
daku berdoa dan berharap dapat kerja yang baik, dengan gaji yang cukup untuk membolehkan daku membantu ahli keluarga daku...daku tak nak adik2 daku rasa sepertimana daku rasa dulu...aminnn...

0 comments: