Tuesday, March 20, 2012

Akal & Hati~

Kita tau, sedar, akui tanggungjawab sebagai seorang anak, adik beradik, masyarakat, pekerja, even tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah sekalipun. Tapi pernah tak dikau merasakan yang dikau dah cuba sedaya upaya buat yang terbaik dalam memenui tanggungjawab tersebut(sesama manusia) tapi masih lagi tiada kepuasan dek kerana tidak dihargai?

Dihargai bukanlah maksud tidak ikhlas, tetapi memenuhi naluri fitrah sebagai manusia.
Dalam memenuhi tanggaungjawab tersebut, kadang-kadang kita juga terlepas untuk melaksanakannya dengan cara yang paling baik, berkesan, dan berkhemah.

 Kadang-kadang timbul juga 'limit of patience' dengan mereka yang adakalanya seolah-olah saje je nak menguji tahap kesabaran kita. Bukanlah niat dihati untuk berkasar @ terlalu tegas dalam melaksanakan tanggungjawab, tapi adakalanya pengertian daripada mereka diperlukan untuk bekerja bersama-sama dalam perlaksanaan tersebut.

Tidak perlu kepada sokongan yang hebat, tapi cukuplah memahami apa adanya pada diri si pelaksana.

Dikala memujuk hati, cubalah bersikap positif, mungkin amarah yang timbul adalah bisiskan syaitan yang mana tidak kita sedari..adakah ini bermakna kita jauh dari Allah???

Tidak hanya melihat kepada salah mereka, tetapi memikirkan kekhilafan diri sendiri mungkin cukup untuk kita muhasabah diri.
Ya Allah, besarnya kuasa - Mu dengan anugerah akal fikiran dan hati kepada ku...



Gangguan emosi (T___________T,)

0 comments: