Thursday, March 1, 2012

Tips Mencari Kerja

Dikala daku tengah bosan free kat 'office' ni (sebab akhir bulan-stock clearance), daku teringat akan niat daku nak share tips cari koje kepada mereka yang memerlukan;(owh ya!alhamdulillah, daku baru saja diterima bekerja setelah sebulan setengah menganggur)


1- Pastikan resume dikau menarik, ringkas, padat, 'berisi'.


2- Rajinkan diri dengan mendaftarkan diri @ subscribe mail @ view pada mana-mana laman web untuk mencari koje, cth: jobstreet, monster, peluang kerjaya, jobmalaysia, mudah.my, etc (peluang koje banyak melalui online)


3- Jangan sekadar mendaftar & upload resume saje, terbaik dikau ambil mail address company @ orang yang published iklan kerja, dikau buatlah personal mail dengan mereka, attach resume @ cv, hantar pesanan yang dikau sangat berminat dengan koje tersebut


4- Sentiasa update resume untuk menambahkan kualiti. Terbaik dikau buat 2-3 resume yang berbeza 'pattern'


5- Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri, boleh juga sebagai alternatif rajinkan diri 'round' kat kawasan perindustrian @ tempat2 yang dikau rasakan banyak peluang pekerjaan. Kadang2 ada banner mengiklankan jawatan kosong. Kalau nasib baik, dikau boleh terus walk-in interview.


6- Rajinkan diri bertanya kepada mereka yang berpengalaman, saudara-mara, kawan-kawan tentang peluang kerja. Jangan malu @ ego, zaman sekarang setiap hari bertambah bilangan penganggur.

7- Senaraikan nama2 company yang dikau tahu; cth; petronas, telekom, tnb, mcd, celcome, kfc, bsn, maybank, etc...buatlah permohonan jika ade peluang


8- Buat solat dhuha @ solat hajat mohon diperluaskan rezeki. Kalau bukan pada-Nya kita memohon pada siapa lagi???


9- Paling penting dan mustahak sangat daku nak nasihatkan kepada yang sedang mencari koje, JANGAN PILIH @ DEMAND SANGAT DENGAN KERJA!!!!!Sambar aje apa yang dapat, cuba dulu, jadikan ia sebagai pengalaman, jangan sombong yang dikau kononya berkelayakan tinggi dengan ijazah @ diploma dengan pointer tinggi @ berpengalaman setakat setahun jagung!








Ikhlas dari daku, melalui pengalaman,


(^____________________^)

0 comments: