Tuesday, April 3, 2012

Bahu~

Teringat daku akan sebuah cerita dari drama 'DARI MATA ARISA' yang diadaptasikan dari sebuah novel yang bertajuk 'KAU SAYANGKU'..

Antara ayat yang daku suka sangat ialah "boleh saya pinjam bahu awak???"
dan daku juga ada terbaca dalam sebuah artikel @ cerita yang menyatakan tubuh badan paling penting dalam hidup manusia, iaitu 'BAHU'...


Dan realiti dalam hidup daku juga, daku meluahkan bahawasanya daku memerlukan BAHU...ya, bahu untuk menjadi tempat daku melepaskan segala apa jua yang terpendam, yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata...daku yang daku harapkan boleh membantu daku meringankan sedikit beban dan tanggungjawab yang daku pikul selama ini...yang mana bahu daku tidak mampu lagi menahan nya...bahu daku tidak cukup kuat untuk menampungnya...benar, Allah hanya akan menurunkan sesuatu ujian itu sesuai dengan tahap kekuatan untuk ditempuhi oleh hamba-Nya..tapi, adakalanya kita tewas dalam menggalas ujian tersebut sehinggakan kita hilang kewarasan menganggap tanggungjawab yang dipikul ibarat menggalas biawak hidup yang mencengkam bahu kita....


Subhanallah...khilafnya diri ini....malu nya....tidak mampu menerima ujian yang diberikan sedangkan ujian yang diberikan itu adalah ganjaran yang tidak terkira nilainya sekiranya dapat dihadapi dengan baik....






Nafas ditarik dalam-dalam, dihembus perlahan beserta kalimah Lailahaillallah....Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah...daku percaya bahawa Engkau telah mengaturkan hanya yang terbaik untuk diri setiap hamba-Mu...hanya yang terbaik....Dan aku memohon kekuatan dari-Mu, nur dari-Mu, rahmat dari-Mu, petunjuk dari-Mu, serta redha dari-Mu...

0 comments: