Monday, February 25, 2013

JaNgAn SaYaNg SaNgAt

Jangan sayang sangat duit tu, kedekut nak jadi pemurah, jimat katanya,nanti duit tu habis/hilang dalam sekelip mata?

Jangan sayang sangat barang tu, terlalu nak jaga tak nak bagi orang pinjam, tak nak berkongsi dengan orang, nanti barang tu hilang, rosak?

Jangan sayang sangat tenaga tu, penat katanya, tak nak ringan tulang tolong orang lain, tak nak membantu mereka yang memerlukan, nanti kamu susah cari siapa?

Jangan sayang sangat seseorang tu, 'over protective', itu tak boleh, ini tak boleh, taksub sangat, walau keluarga sendiri, mereka milik Allah, nanti orang tu tinggalkan kamu?

Kenapa jangan?duit, harta, tenaga@kesihatan, orang semuanya datang dari Allah, boleh ditarik bila-bila masa sahaja...berpadalah, buatlah kerana Allah....

0 comments: