Saturday, February 16, 2013

SuKa =>sAyAnG => ciNta

Ungkapan "saya suka awak", "saya sayang awak", "saya cinta awak" adalah 3 perkara yang berbeza. Apa bezanya??
     - "saya suka awak"- saya suka awak, dia suka awak, ramai suka awak  & sesiapa je boleh suka awak..tak perlu masa yang lama, mungkin perjumpaan yang singkat sahaja seperti sehari, perasaan suka dah boleh wujud di sebabkan 1st impression..dan ianya juga boleh bertukar kepada "saya tak suka awak" juga dalam masa yang singkat
     - "saya sayang awak" - saya sayang awak sebagai kawan, sebagai adik@abang@kakak..mengambil masa untuk diungkapkan..mungkin kerana kenal rapat atau kerap berjumpa, sayang itu wujud..dan ramai yang boleh sayangkan awak..
      - "saya cinta awak"- ianya memang subjektif..tapi ianya akan melalui proses "suka->sayang->cinta" logiknya, ianya tidak akan semudah "saya suka awak" & "saya sayang awak" kerana ianya anugerah dan istimewa..sebab itu wujud perasaan "saya sayang awak, tapi tak boleh cintakan awak"..

Jadi, kesimpulan nya disini, kenalpasti dahulu perasaan sebenar yang wujud sebelum diluahkan kepada seseorang..bagi mengelakkan diri sendiri kecewa atau munkin juga boleh mengecewakan orang lain..

p/s: rimas, kenal sekejap, tak pernah jumpa, tiba-tiba wujud "saya sayang awak"..serba salah dibuatnya#

0 comments: