Saturday, June 8, 2013

Baik vs Buat Baik

Pelajaran hidup baru untuk dikongsikan; orang baik vs orang berbuat baik.

Apa bezanya?

Orang baik; memang ramailah orang suka, disenangi kehadirannya. Dia baik; tingkah lakunya, tutur katanya, budi bahasa. Tapi, adakah dia digerakkan hati untuk berbuat baik? For example, dia baik tak kacau hidup orang lain, dia baik tak sakitkan hati orang lain, tapi, dia tak ada pun hati nak ambil tahu, nak bantu orang yang memerlukan. Dia baik dalam dunia dia, tapi tidak untuk menjadikan dunia kehidupan orang lain baik sepertinya. Dia baik tidak melawan apabila ditegur, tapi dia tidak mengambil kira, tidak mengambil berat, tidak berubah apabila di tegur. Dia baik, tapi 'sense' @ gerak hati mungkin berbeza.

Orang berbuat baik; Dia mungkin biasa - biasa sahaja. Ada kasarnya, ada lembutnya. Mungkin disenangi, mungkin tidak. Tapi dia berbuat baik dengan 'sense' @ geral hati untuk bantu orang lain, untuk memudahkan kerja orang lain. Mungkin kehidupannya tidak begitu baik, tapi dia tidak berkira untuk menjadikan kehidupan orang lain baik @ lebih baik. Sense of urgency, sense of helping pada hatinya, tidak hanya pada perbuatannya.

Betul ke?

Baik sahaja tidak mencukupi. Dia baik sebab persekitaran kehidupan, tak ada masalah, senang, mudah perjalanan hidupnya. Beza orang buat baik sebab dia susah, tau macam mana rasanya susah, dan sebab itu dia ada sense untuk membantu, untuk tidak membiarkan orang susah kerana dia. Dia baik, tapi tidak dapat berbuat baik untuk orang lain. Dia baik, tapi tak membantu orang lain. Dia baik tapi tidak menyumbang kepada yang lain supaya yang lain pun baik.  Bahasa kasarnya, dia baik, tapi tak ada pun tak pe vs dia ni kasar, tapi kalau dia ada, senang sikit kerja kita. Atau pernah dengar, die ni mulut je bising, tapi hati baik vs die ni baik pendiam, tapi hati-hati orang macam ni lagi bahaya.

Atau mungkin BAIK itu meluas, subjektif, pelbagai?wallahualam...

Sekadar perkongsian pendapat.

0 comments: