There was an error in this gadget

Tuesday, July 2, 2013

Bersyukur vs Merungut

'Lebihkan bersyukur, kurangkan merungut'

Sangat setuju dengan penyataan ni. Memang jelas sangat, ramai yang lebih suka merungut dari bersyukur. Tak puas hati itu dan ini, sana dan sini. Adakalanya sampai tak masuk dek akal bila merungut!

Pada aku, itu melambangkan 'attitude' (sikap)  dan mentaliti kita. How we exppress our attitude and mentality?

Merungut adalah sia-sia tanpa tindakan. Merungut pada aku, buang masa. Merungut juga tiada kesudahan. Senang kata, bila merungut ni, ayat paling sesuai ialah 'talk to my hand!'.

Bersyukur tu sebenarnye mudah. Just say 'Alhamdulillah' is enough. Or else, 'thanks'. Apatah lagi bila ditonjolkan dalam bentuk perbuatan seperti sedekah, bantuan, dan bersyukur kepada Allah yang antaranya diekspresikan dengan sujud syukur. Ianya pelbagai. Redha, terima seadanya.

Aku akui, aku juga pernah merungut. Akibatnya? ya, aku tahu ade yang menyampah.

Persoalannya, macam mane nak atasi perasaan suka merungut ni?

Antara hasil carian aku:

# Muhasabah diri.
# Jangan suka menyalahkan orang lain.
# Perbaiki diri, jadi pendengar yang baik mendengar masalah orang lain supaya dapat dijadikan pengajaran, ingatan, pedoman bahawa langit tak selalunya cerah, orang lain pun ada masalah!
# Think positive! Berfikir!
# Jangan ambil musibah atau masalah tu sebagai sesuatu yang membebankan, tapi sebagai tugasan, ujian untuk diselesaikan. Jangan lari dari masalah.
# Ingat, ada yang lebih susah dari kita.
# Dekatkan diri dengan Allah.

Ya, bukanlah tidak boleh merungut, tapi berpada-pada. Jangan sampai orang sekeliling MENYAMPAH! Pernah tak terfikir, kita buat macam mana sekalipun, lalai, Allah tetap bagi yang terbaik untuk kita? Kita je tak sedar...Betul, cuba tenang dan kaji muhasabah diri sendiri. Subhanallah, malunya..kerdil nya diri ini.

0 comments: